e-pay (M) Sdn Bhd menjangkakan jalinan usaha sama strategiknya dengan Pos Malaysia Bhd akan mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian elektronik bagi produk prabayar di pasaran tempatan.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hassan Said, berkata syarikat itu menjangkakan rangkaian perkhidmatan berkembang daripada 9,500 terminal juruwang kepada lebih 10,000 terminal juruwang menjelang akhir tahun ini.
“Pakatan ini menyaksikan kedua-dua pihak meraih manfaat termasuk membolehkan Pos Malaysia menembusi pasaran talian prabayar mudah alih tempatan yang kini mempunyai 17 juta pelanggan,” katanya selepas majlis memeterai usaha sama antara e-pay dan Pos Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
e-pay diwakili Pengarah Urusannya, Simon Loh dan Ketua Pegawai Operasi, YC Wong, manakala Pos Malaysia oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Timbalan Pengurus Besar, Meara Hamzah.
Hadir sama, Pengerusi Pos Malaysia, Datuk Abdul Majid Hussein.
Menerusi perjanjian itu, pelanggan boleh mebeli isi semula masa berbual talian prabayar di 655 pejabat pos dan 255 pejabat pos mini di seluruh negara.
Sementara itu, Abdul Majid berkata, Pos Malaysia akan terus mengkaji keperluan pengguna dan memperbaharui perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter pejabat pos.
“Usaha sama ini memudahkan orang ramai mendapatkan kemudahan e-pay pada masa sama mereka boleh mengepos surat mahupun menjelaskan bil utiliti,” katanya.
Sementara itu, Hassan berkata, syarikat turut bercadang memperkenalkan jualan produk prabayar menerusi internet, menjelang awal tahun depan.
“Setakat ini, perkhidmatan e-pay boleh didapati di hampir semua saluran runcit, justeru kami meninjau peluang meluaskan perniagaan menerusi internet berdasarkan peningkatan penggunaan perkhidmatan dalam talian,” katanya.
Related Links:
| Date |
Headlines |
|
| 19 Aug 2006 |
e-pay strikes a cord with Malaysian investors
More... |
| 12 Aug 2006 |
POS Malaysia and e-pay team up on prepaid reload
More... |
| 11 Aug 2006 |
POS Malaysia extends collaboration with e-pay
More... |
| 11 Aug 2006 |
e-pay cepat, mudah
More... |
Top |