-
- - -
-
-
-
-
-
-
----
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- - - -
-
bone Home > Media > Press Release
ine
bone   bone

Press Release

e-pay cepat, Mudah
Harian Metro – 11 August 2006


Pelanggan Pos Malaysia kini menikmati kemudahan lebih meluas di semua pejabat pos dan pos mini di Kuala Lumpur dan Selangor apabila boleh menambah nilai kad prabayar telefon mudah alih mereka menerusi khidmat e-pay.

Khidmat tambah nilai diperoleh apabila Pos Malaysia Bhd (PMB) melancarkan kerjasama strategik dengan e-pay (M) Sdn Bhd (e-pay) untuk menyediakan kaedah lebih mudah bagi pelanggan membeli kad tambah nilai prabayar di mana-mana pejabat pos seluruh negara.

Pengerusi PMB, Datuk Abdul Majid Hussein, berkata ketika ini khidmat tambah nilai itu hanya boleh dibuat di pejabat pos sekitar Lembah Klang serta Selangor, dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara menjelang akhir tahun.

“Selain menambah nilai prabayar, pelanggan boleh menikmati kemudahan lain di pejabat pos sebagai pusat sehenti mereka kerana kami menyediakan khidmat kaunter mewakili 125 penyedia khidmat dari sektor awam dan swasta serta PosLaju, PosMel, PosNiaga, PosLogistik, setem dan filateli, bayaran insurans dan pembaharuan lesen memandu.”

“Ia selaras dengan matlamat PMB menjadi syarikat perkhidmatan bersepadu menjelang akhir 2006 dengan khidmat kaunter yang cekap meliputi semua urusan. Ketika ini, PMB mempunyai rangkaian 665 pejabat pos dan 255 mini pos seluruh negara. ”

“Kerjasama ini memanfaat kedua-dua syarikat kerana ia membolehkan PMB meneroka pasaran lebih 17 juta pengguna prabayar mudah alih seluruh negara dan memudahkan lebih lima juta pelanggan yang berurusan di pejabat pos setiap hari, ” katanya pada majlis memeterai kerjasama strategik dengan e-pay di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, PMB diwakili Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Abu Huraira Abu Yazid manakala e-pay oleh Pengarah Urusannya, Simon Loh. Hadir sama, Pengarah Eksekutif e-pay, Datuk Hassan Said.

Sementara itu, Hassan berkata, kerjasama ini adalah lanjutan daripada projek perintis yang dimulakan sejak November 2005 membabitkan 50 pejabat pos di Lembah Klang untuk membolehkan orang ramai menambah nilai kad prabayar mereka.

Related Links:

Date
Headlines
 
19 Aug 2006
e-pay strikes a cord with Malaysian investors
More
...
12 Aug 2006
POS Malaysia and e-pay team up on prepaid reload
More
...
11 Aug 2006
POS Malaysia extends collaboration with e-pay
More...
11 Aug 2006
POS Malaysia, e-pay jalin usaha sama strategik
More
...

Top

 
-
bone
Copyright 2008 © e-pay (M) Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Privacy Statement bone