-
- - -
-
-
-
-
-
-
----
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- - - -
-
bone Home > Media > Press Release > 2004
ine
bone   bone

Press Release

Bank Islam Guna e-pay - 16 September 2004



Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) akan menggunakan kepakaran e-pay Gateway Sdn Bhd (e-pay) dalam sistem integrasi dan sokongan untuk melaksanakan terminal kad cip Europay MasterCard Visa (EMV) di cawangannya.

Pengurus Besar Perbankan Pelanggan Bank Islam, Wan Ismail Wan Jusoh, berkata terminal kad EMV akan menyokong perkhidmatan Malaysia Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) tunai, kad kredit dan transaksi E-debit.

Bank Islam adalah bank pertama menggunakan terminal EMV dengan sistem keselamatan di semua terminal dan kami menerima kad kredit, MEPS dan transaksi E-Debit.

Ciri keselamatan akan diperketat dan ditingkatkan bagi memastikan setiap transaksi pelanggan mendapat perlindungan sepatutunya,katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama dengan e-pay di Hotel Rennaisance, Kuala Lumpur, semalam.

Bank Islam diwakili Wan Ismail manakala e-pay diwakili Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hassan Said. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Bahagian Teknologi Maklumat Bank Islam, Jamil Hassan dan Pengurus Kanan Jualan Barangan, Abdullah Mansor Abdul Rahman.

Sementara itu, Hassan berkata, syarikat membelanjakan RM500 juta untuk melaksanakan perkhidmatan terbabit.

Bank Islam mendapat pelbagai faedah daripada e-pay kerana kami sudah memasang kira-kira 4,000 terminal yang menawarkan transaksi produk prabayar untuk operator komunikasi (Telco), internet dan protokol (ISP) serta Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) di Malaysia,” katanya.

Wan Ismail berkata, sehingga akhir tahun ini, Bank Islam mensasarkan untuk memasang 500 terminal lagi dan sejak enam bulan lalu ia sudah memasang 1,000 terminal dengan kecekapan MEPS tunai dan kad kredit.

Katanya, hampir 70 peratus terminal sudah dan akan beroperasi di seluruh bandar utama di Malaysia dan berharap memperolehi sebanyak 10 hingga 20 peratus bagi jumlah pendapatan operasi kad kredit.

e-pay dipilih sebagai rakan kongsi kami berdasarkan prestasi yang ditunjukkan syarikat, malah mereka dapat membantu kami untuk mengukuhkan pelanggan kad kredit kami.

Dengan itu, kami juga mensasarkan penggunaan kad kredit akan menyumbang kira-kira 20 peratus kepada jumlah pandapatan daripada perbankan pengguna,katanya.

Sementara itu, Wan Ismail berkata, Bank Islam akan membuka tiga lagi cawangan terbarunya di Ampang Point, Taman Tun Dr Ismail dan Johor sehingga akhir tahun ini.

From Harian Metro

Related Links:

Date
Headlines
 
16 Sept 2004
BIMB : Consumer Banking to Rise 20% - 25%
More
...
16 Sept 2004
BIMB Perkukuh Perniagaan Kad Kredit
More...
16 Sept 2004
e-pay and NasionCom Signinig Ceremony
More...

Top

 
 
-
bone
Copyright 2008 © e-pay (M) Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Privacy Statement bone