KUALA LUMPUR 20 Nov.- Celcom (Malaysia) Bhd mencatatkan peningkatan 60 peratus pengguna baru melalui kadar tambah nilai prabayar RM 30 masa bual melalui perkhidmatan e-pay yang dilancarkan dua minggu lalu.
Naib Presiden Kanan Celcom, Zubir A. Rasid berkata, maklum balas pengguna menunjukkan mereka mahukan kadar tambah nilai masa berbual diturunkan daripada RM 50, RM 100, RM 200. "Berdasarkan maklum balas menggalakkan daripada para pelanggan, kami benar-benar yakin pengenalan perkhidmatan e-pay akan memenuhi keperluan pelanggan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi penambahan kadar nilai secara dalam talian menerusi terminal e-pay (M) Sdn Bhd di sini, hari ini. Zubir berkata, Celcom kini memiliki 4.2 juta pengguna dan sebanyak 65 peratus daripadanya merupakan pengguna pra-bayar.
From Utusan Malaysia |