-
- - -
-
-
-
-
-
-
----
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- - - -
-
bone Home > Media > Press Release > 2003
ine
bone   bone

Press Release

e-pay Jangka Peroleh RM 200j di Indonesia

 

e-pay (M) Sdn Bhd penyedia penyelesaian prabayar elektronik pertama tempatan, menjangka perolehan operasinya di Indonesia mampu meningkat 10 kali ganda kepada RM 200 juta bagi tahun kewangan semasanya berakhir Mac depan.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd Hassan Said, berkata operasi di Indonesia yang bermula dua tahun lalu itu mencatatkan perolehan RM 20 juta pada tahun kewangan lalu. Katanya, RM 200 juta itu menyumbangkan 70 peratus kepada keseluruhan perolehan e-pay yang dijangka meningkat kepada kira-kira RM 285 juta tahun ini daripada RM 240 juta yang dicatatkan tahun lalu.

"e-pay yakin mencapai perolehan itu berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan empat system rangkaian selular terbesar di negara berkenaan",katanya di Hotel Hilton Petaling Jaya, semalam. Beliau berkata, operasi e-pay juga dijangka terus kukuh di Indonesia dengan 12 lagi syarikat penyedia rangkaian selular dijangka mendapatkan penyelesaian prabayar syarikat.

Katanya, operasi e-pay juga akan terus kukuh dengan meningkatnya jumlah infrastruktur yang dibangunkannya di lokasi yang sudah dikenal pasti di negara berkenaan.

"Faktor lain yang dijangka menyumbang kepada peningkatan ketara perolehan e-pay di sana termasuk pertambahan jumlah pelanggan serta keluasan geografi," katanya. Beliau berkata, penerokaan e-pay ke Indonesia dibuat secara usaha sama dengan sebuah firma tempatan di negara itu pada asas perkongsian ekuiti 70:30. Hassan berkata, e-pay juga akan memperluaskan operasinya ke Thailand, Vietnam, India dan Bangladesh dan ia dijangka dapat dimulakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.

"Kami bercadang menubuhkan usaha sama di sana dengan e-pay menyediakan tenaga pakar dan infrastruktur manakala pelaburan modal dibuat syarikat di sana," katanya.

From Berita Harian

Related Links:

Date
Headlines
 
24 Oct 2003
e-pay the Foremost Provider of Electronic Payment Systems More...
21 Nov 2003
10 seconds to Top Up...
More...
21 Nov 2003
Celcom Draws More Users with New Pre-paid package More...
21 Nov 2003
Celcom Users Get More Avenues to Top Up Prepaid Airtime More...
21 Nov 2003
KERJASAMA e-pay, CELCOM Sediakan khidmat baru isian semula prabayar More...
21 Nov 2003
Pengguna Baru Celcom Bertambah 60 Peratus
More...
18 Nov 2003
e-pay Optimistic of RM 200m Revenue from Indon Business More...
18 Nov 2003
e-pay Perluas Pasaran ke Indonesia
More...
26 Mar 2003
Hotlink's "down under" promotion receives hot response More...

Top

 
 
-
bone
Copyright 2008 © e-pay (M) Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Privacy Statement bone