-
- - -
-
-
-
-
-
-
----
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- - - -
-
bone Home > Media > Press Release > 2002
ine
bone   bone

Press Release

MasterCard lancar kad prabayar Piala Dunia FIFA
Utusan Malaysia - 28 Mac 2002

 

KUALA LUMPUR 28 Mac - MasterCard International dan e-pay (M) Sdn Bhd hari ini melancarkan kad Prabayar e-pay iSynergy MasterCard Electronic 2002 Piala Dunia FIFA.

Naib Presiden MasterCard International dan Pengurus Serantau untuk Malaysia dan Brunei, Jim Cheah berkata produk itu merupakan kad prabayar pertama seumpama itu yang direka untuk permainan Piala Dunia.

Kad prabayar yang direka bentuk khas dan akan memaparkan legenda bola sepak, Pele di atas kad berkenaan akan memudahkan lagi para pengguna memandangkan mereka tidak perlu lagi membawa wang tunai, kata Cheah kepada pemberita selepas majlis pelancaran kad itu di sini.

Beliau berkata kad itu juga boleh digunakan di lebih daripada lapan juta lokasi seluruh dunia.

Sementara itu, syarikat kad kredit itu juga akan menganjurkan peraduan di mana pemenang berpeluang untuk memenangi tiket ke Korea bagi dua orang untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir atau suku akhir Piala Dunia FIFA 2002.

Maklumat lanjut mengenai peraduan dan permohonan untuk menjadi ahli MasterCard boleh diperoleh di www.cybernation.com.my . - Bernama


Related Links:
Date
Headlines
 
29 Mar 2002
MasterCard expects 25,000 prepaid card sales from World Cup More...
28 Jan 2002
iSynergy eyes 100pc growth in cardholders
More...

Top

 
 
-
bone
Copyright 2008 © e-pay (M) Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Privacy Statement bone